Saturday, May 9, 2009

Pertemuan Yang Tidak Disangka

Pada hari Jumaat yang lalu, seperti biasa aku dan Abdullah (anak ketiga) ke masjid lebih awal. Sempat beriktikaf seketika dan membaca beberapa ayat al-Quran. Tiba-tiba aku disapa oleh seorang Arab berjubah kemas, misai dan janggutnya putih berseri. Memandang wajahnya aku berasa tenang. Dari raut wajahnya juga terdapat cahaya, pada pandanganku dia seorang alim lagi soleh. Saudara dari mana? tanya beliau. Saya dari Malaysia, jawabku. Nama saya Ismail Ibrahim al-Nawwab dari Kingdom of Saudi Arabia, jelas beliau fasih. Kemudian aku memperkenalkan diriku dan Abdullah. Dahulu saya pensyarah di Universiti Malaya. Tun Abdullah Badawi adalah murid saya, jelas beliau tanpa diminta. aku mengangguk-anggukkan kepala. Dia terus bercerita tentang mantan PM itu. Beliau begitu mengkagumi Tun. Aku terus mendengar cerita beliau dengan penuh minat. Ungkapan terakhir yang ku dengar dari mulutnya, Alhamdulillah Abdullah sudah bersara, dia seorang yang baik lagi terpuji, hatinya penuh kesabaran. Mudah-mudahan Allah memberkatinya. Perbualan kami kemudiannya terputus apabila azan dikumandangkan. Dia meminta izin lalu berlalu dari situ. aku kemudiannya bangun untuk solat sunat dan seterusnya mendengar khutbah.....
Detik hatiku, rupa-rupanya mantan PM kita berguru dengan seorang alim lagi soleh seperti Syeikh ini. Mudah-mudahan pertemuan seketika ini diberkati. Didoakan Tun terus sabar dan berada dalam petunjuk ilahi...........