Tuesday, June 30, 2009

Belut Pulang Ke Lubuk

Hari ini (30 Jun 09) genap 8 1/2 bulan aku bertugas di Jordan. Terasa rindu untuk pulang ke Malaysia. Sepatutnya hari ini aku sudah mula bercuti, tetapi kerana ada mesyuarat penting di pejabat, aku membatalkan hasratku untuk bercuti pada hari ini. Selepas tengahari aku pulang ke rumah dan terus ke kedai untuk membeli pesanan us Hasmadi kuaci merah Iran. Kemudian aku membeli beberapa buah tangan buat saudara mara dan rakan-rakan.
Anak-anak begitu teruja untuk balik. Besok (1 Julai 2009) kami akan bertolak pada 12.20 tgh ke Kuwait dan dari sana terus ke KLIA sebelah malamnya. Kemudian sebelah petang 2 Julai 09 aku dan keluarga akan mengambil flight ke Kota Bharu. Perjalanan ini nampaknya memenatkan. Kami akan berada di Malaysia sehingga 21 Julai 2009.
Walaupun cuti, ada beberapa program terpaksa ku lakukan sewaktu di Malaysia. Sekurang-kurangnya dua program rasmi akan ku ikuti. Aku sudah buat temujanji dengan Dato' KP dan beberapa pegawai di KPT untu membincangkan beberapa perkara. Di samping temujanji dengan Ketua Pengarah JAKIM bagi menjalankan program pada Oktober nanti. Selain itu pihak JPN Kedah telah menjemputku utk menghadiri kursus bahasa Arab di Langkawi pada 8 hingga 10 Julai nanti.
Kesempatan cuti ini akan ku penuhi dengan ziarah sanak saudara di Kelantan. Kawan-kawanku di Utara Semenanjung dan kuala Lumpur. Sejak dari dulu lagi kebanyakkan rakan-rakanku dari utara. Aku tidak tahu kenapa? Oleh kerana ramai rakan di Utara, aku banyak menjalankan tugas di utara berbanding negeri sendiri sewaktu aku bertugas di JAPIM dulu. Aku pernah dituduh mempunyai isteri kedua di Kedah kerana kerap ke sana. Biar lah apa orang nak kata, aku tetap dengan caraku sendiri.
Semasa bercutu nanti mungkin aku tidak mengemaskini blg ini. InsyaAllah selepas balik dr Malaysia nanti akan ku kemas kinikan.
Aku begitu teruja.............................