Sunday, July 26, 2009

Kembara Ke Lubnan & Syria

Sekembalinya kami dari bercuti pada 21 julai lalu kami menyertai lawatan ke Lubnan dan Syria yang dianjurkan oleh PERWAKILAN ( persatuan isteri-isteri diplomat Malaysia). Pada mulanya aku tidak mahu menyertai lawatan ini memandangkan aku masih sakit tetapi isteri dan anak-anak begitu teruja untuk ke sana, aku akur dan menahan kesakitan yang amat sangat ini.

Pada jam 3 pagi 24 Julai semua sudah bangun dan bersiap. Selepas solat subuh kami bertolak ke Embassy, sampai di sana semua sudah menunggu dan perjalanan diteruskan pada jam 5. 15 pagi. Perjalanan ini nampaknya memenatkan. Aku cuba untuk menahan kesakitan dan seboleh-bolehnya tidak mahu ada orang tahu. Sampai di sempadan Syria, sementara menunggu urusan imigrisen selesai, isteri dan anak-anak masuk ke Duty Free untuk 'window shopping' sementara aku duduk di dalam bas kerana tidak larat nak berjalan. Aku hanya memerhatikan gelagat Arab. Sesekali aku tersenyum sendirian melihat kebodohan mereka. Benar kata Prof Dr Salehuddin yang ku temui sewaktu mengunjungi Dr Mohd Seman di UM baru-baru ini," Apabila Arab masuk ke dalam sesebuah negara mereka akan merosakkannya". Kata Prof, ini adalah ungkapan Ibnu Khaldun dalam kitab Muqaddimahnya.



Dalam kerehatan sementara itu, aku melihat Isa ( kerani di Kedutaan Besar Malaysia) menghulurkan duit kepada polis yang menjaga sempadan. Fikirku, 'dah buat perangai dah'. Aku bertanya kepada Isa apa yang dia bagi kepada polis tadi. Sambil tersenyum beliau mengatakan kepadaku, hanya untuk memudahkan urusan. Aku Faham. Arab sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan kopi, rokok dan bakhsis (tip atau rasuah). Sebab itu mereka susah untuk maju. Bukan tujuanku untuk mengutuk Arab tetapi sememangnya mereka patut di kutuk.


Perjalanan diteruskan lagi merentasi saujana mata negara Rebublik Arab Syria ke sempadan Syria-Lubnan. Selepas melepasi sempadan Lubnan, aku terkejut dengan pemandangan yang amat menakjubkan. Inilah sebuah negara Arab yang paling cantik pernah ku lawati.
The Middle East Switzerland

Beirut adalah sebuah bandar yang terletak dan dibina di persekitaran banjaran bukit dan gunung di samping mengadap Lautan Mediterranean. Pemandangan seperti ini hanya dapat dilihat di Switzerland sahaja. Oleh sebab itu, Beirut terkenal dengan jolokan 'The Middle East Switzerland '.
Beirut yang mengadap Lautan Mediterranean



Di Beirut kami menginap di Bbambros Hotel yang terletak di puncak bukit. Suasana dan udaranya amat segar dan bersih sekali.

Di Lobbi Bbambros Hotel

Di Beirut terdapat satu tempat yang patut dilawati oleh pengunjung iaitu Jeitta Grotto. Tempat ini merupakan salah satu gua batu kapur yang tercantik di dunia. Di dalam gua tersebut terbentuk ukiran semula jadi yang amat cantik. Aku tidak pernah melihat pemandangan secantik itu. Tapi sayang, kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Jeitta Grotta telah dicalonkan sebagai salah satu 7 tempat ajaib di dunia. Tempat ini sedang bersaing untuk merebut kedudukan tersebut dengan Pulau Sipadan di Sabah.

Di pintu masuk ke Jeitta Grotto

Satu lagi tempat menarik di Beirut ialah Byblos, iaitu penempatan dan kota lama Greek. Masih terdapat lagi kesan-kesan peninggalan Greek lebih dari 3000 tahun lalu.

Mengabadikan kenangan di Byblos

Di dalam kota Byblos

Pada 25 Julai, kembara diteruskan lagi ke Syam ( nama popular bagi Damsyik) . Kami sempat menghabiskan beberapa ribu lerra di Souq Hamidi iaitu salah satu tempat membeli belah yang terkenal di Damsyik. Dalam kesempatan ini, aku membawa anak-anak ke Menara Putih di Masjid Umawy (tempat yang dikatakan nabi Isa akan turun di akhir zaman). Selain itu anak-anak dibawa ke maqam nabi Zakaria yang terletak di dalam masjid Umawi

Membelakangi Menara Putih

Maqam Nabi Yahya

Selepas makan malam di Damsyik , kami terus pulang ke Amman dan sampai di sana pada pukul 2.00 pagi.