Friday, July 31, 2009

Annual Grand Meeting KMKJ ke 14

Bersama YDP KMKJ




Membaca atur cara majlis



Menyampai ucapan penutup


Simbolik penutupan AGM KMKJ



Bersama Exco KMKJ



Pada hari ini Jumaat 31 Julai 2009, aku dengan di temani Azmir pergi ke Univ Mu'tah untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 14 Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ). Pada mulanya aku keberatan untuk pergi dan meminta Azmir sahaja menggantikanku, tetapi apabila Azmir meminta aku pergi juga, aku gagahi jua walaupun terpaksa menahan sakit.
Dalan ucapan penutup aku telah menasihati pelajar supaya menumpukan usaha utk mencapai kecemerlangan dan menguasai bahasa Arab dengan sebaik mungkin. Jangan membaca sebuah kitab sahaja tetapi memperluaskan bacaan dalam bidang lain. Selain itu, aku meminta pelajar supaya memastikan protokol dan etiket sosial diambil berat di samping kekemasan dan ketrampilan diri juga diberi perhatian. Aku juga mengingatkan pelajar supaya jangan terlalu taksub kepada kenegerian tetapi sepatutnya kita melakar sejarah sebagai rakyat yang berjasa kepada semua.
Walau aku hanya dapat meluangkan masa sekejap sahaja bersama mereka tetapi pertemuan tersebut berjaya menguntum ikatan yang amat mekar lagi harum mewangi.