Wednesday, March 11, 2009

Sekadar Renungan

Satu hari anak-anak memberitahuku bahawa mereka seronok belajar kat New English School. Aku bertanya mereka, apa yang seronok dan apa bezanya kat Malaysia, sedangkan di Malaysia banyak kemudahan terkini daripada di sini, lagipun di Malaysia tempat kita.


Alifah (along) menjelaskan bahawa semasa sekolah kat Putrajaya dia tak pernah pun dapat pujian daripada guru tapi kat sini apa saja yang dia buat walaupun sikit saje kesilapan, guru akan memberi pujian kepadanya seolah-olah dia telah membuat sesuatu yang besar. Biasanya Alifah apabila di sekolah dia mendapat pujian dia akan gembira dan akan balik memberitahuku dan isteri.


Amirah(kakak) pula pernah memberitahuku bahawa matapelajaran yang paling dia minati di sini ialah English. Katanya, English sudah tidak menjadi masalah baginya. Memang pun, setiap kali aku membawa anak-anak ke kedai buku dia pasti akan membeli buku English. Untuk tidak mematahkah semangatnya aku akan beli buku tersebut walaupun harganya sampai mencecah USD 50. Menurut kakak, Cikgu di sini akan bagi galakan kepadanya supaya bercakap. Mula-mula dia merasa malu tetapi lama kelamaan dia tidak segan lagi untuk bersuara. Aku pernah bertanya, pernah cikgu marah padanya kalau tidak bercakap. Cikgu tak pernah marah malah akan cuba menggalaknya supaya mencuba lagi dan lagi. Dia pernah mengadu, waktu belajar Bahasa Arab di sekolah agama dia tidak faham langsung apa yang diajar hinggakan kata tunjuk yang senang tidak dapat dibezakannya. Aku pelik, betul kah?. Macam mana cikgu ajar? tambahku lagi. Cikgu akan menjelaskan makna perkataan dan suruh hafal kemudian cikgu akan soal, jelas kakak. Senangnya mengajar, fikirku. Hatiku berkata, sepuluh tahun belajar b.Arab pasti tak kan dapat bercakap kalau macam ni. Kat mana silapnya?????



Heroku(Abdullah Nafisi) agak aktif dan sentiasa proaktif. Banyak catatan seperti super boy, excellent, well done dan sebagainya aku temui dalam bukunya. Dia akan buat sesuatu dengan teliti dan sebaik mungkin.



Anakku Aisyah pernah memberi respon yang sama dengan kakaknya. Aku melihat ada perkembangan yang baik nampaknya. Cuma satu aku bimbang takut dia tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Di rumah isteriku mengajarnya membaca Bahasa Melayu. Mudah-mudahan usaha ini menjadikannya tidak ketinggalan dalam mata pelajaran tersebut.




Dari respon yang ku dengar melalui anak, dapat disimpulkan dua perkara. Pertama penghargaan dan kedua ialah metod. Barangkali kita orang melayu kurang memberikan penghargaan kepada orang lain. Sedangkan itu adalah salah satu keperluan dalam hidup manusia (teori keperluan Maslow). Entahlah kenapa kita terlalu kedekut untuk memuji orang lain. Sedangkan penghargaan yang diberikan tersebut dapat memberi semangat kepada seseorang. Pernah beberapa tahun yang lalu, seorang pembesar negara bertanya kepada salah seorang anak kawannya yang juga seorang pembesar negara, bagaimana keadaan di sekolah. Secara spontan anak tersebut menjawab 'boring'. Begitukah di sekolah kita? Aku yakin tidak semua begitu. Tetapi perkara ini kerap menjadi perbahasan dalam mesyuarat sewaktu ku di JAPIM dulu.




Orang Arab di Jordan terkenal dengan sifat memuliakan tetamu, tapi satu sikap yang tidak elok pada mereka ialah susah untuk menerima perubahan dan sesuatu yang baru. Sebab itu, jika kita datang ke negara ini dua puluh tahun lagi, kita akan melihat perubahan tersebut tidak sampai 10 peratus, sedangkan dunia sudak bergerak ribuan batu meninggalkan mereka. Begitu juga dengan sistem atau metod yang digunakan khususnya dalam p & p. Kita masih lagi terikat dan terikut dengan metod lama. Dan untuk mengubahnya sudah pasti bukan satu yang mudah. Kalau teguran yang diberikan akan dianggap laser dan mudah tersentuh. Itulah kita.


Hanya sekadar renungan untuk diriku..............