Saturday, May 16, 2009

Hari keluarga Pantai Timur


Menyampai ucapan pada Hari Keluarga
Pelajar yang akan tamat pengajiannya
Hadiah kenang-kenangan

Pada 15 dan 16 Mei yang lalu, aku telah dijemput untuk menyertai dan merasmikan Hari Keluarga Pantai Timur yang diadakan di pantai peranginan Aqaba (bersempadan 4 buah negara iaitu Jordan, Mesir, Israel dan Arab Saudi).

Kami bertolak dari Amman pada pukul 01.00 pagi dan sampai di sana pada 08.00 pagi. Beberapa acara telah dijalankan antaranya ialah perlawanan bola sepak persahabatan( kali terakhir aku bermain bole ialah 10 tahun lepas). Yang istimewa ialah makan tengahari bersama pelajar dalam dulang.

Aku juga telah diminta untuk menyampaikan sedikit ucapan dalam majlis tersebut. Teringat kenangan ketika aku membawa anak-anak didik ku melawat Kelantan pada tahun 1999 yang lalu. Mereka semua sungguh mesra.......