Thursday, June 18, 2009

Social Visit


Bersama pihak pengurusan White Beds dan pelajar Malaysia



Kabsah ayam yang enak

Seorang penghuni yang menpunyai sembilan anak


Madam Maryam mencium tanganku sambil menangis


Golongan yang disisihkan keluarga ketika penghujung usia



Hari ini aku terpaksa menguruskan beberapa perkara. Pagi-pagi lagi aku telah suruh Ibrahim (Care taker) ke kedai untuk beli za'tar. Sekejap lagi pelajar dari semua zon akan sampai. Mereka tentu tak sarapan lagi. Oleh itu aku minta pekerja kat pejabat menyiapkan sedikit sarapan sebagai alas perut utk semua pelajar yang akan melawat ke Pusat Jagaan Orang Tua White Beds yang terletak 15 km dari pejabatku.

Pukul 10.15 Ms Chia ( KC) sampai. aku suruh di rehat sekejap sementara aku menguruskan pelajar. Dia bagi tahuku bahawa datin nak ikut sekali. Dia suruh aku pegi ke residen ambik dia. Jam 11 kami bertolak dan aku ke residen ambik datin. Ahh, kereta comot sikit, sorry datin.

Jam 11,15 kami sampai di White Beds. Disambut oleh Pengetua dan beberapa staf . Kami terus dibawa ke dewan serbaguna pusat tersebut. Satu majlis ringkas diadakan. Tazkirah pendek disampaikan oleh Dekan Fakulti Syariah, Univ of Jordan. Kemudian kami dijamu dengan kabsah ayam. Sehari sebelum itu, aku telah datang menghantar duit untuk majlis tersebut. Majlis itu adalah untuk meraikan orang-orang tua yang kurang bernasib baik.

Di Pusat tersebut ada lebih kurang 125 penghuni yang berumur antara 60 hingg 100 tahun. Kebanyakkan mereka tidak berkeluarga dan sebahagiannya dihantar oleh anak-anak ke situ. Betul lah kata pepatah " Ibu boleh menjaga sepuluh anak, tetapi sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu".

Selepas majlis, kami dibawa melawat beberapa penghuni, seorang penghuni bernama Maryam yang berumur 85 tahun memegang dan mencium tanganku sambil menangis. Katanya tiada seorang keluarga pun menziarahi dia. Dia mengucap terima kasih kerana sudi ziarah dia.
Aku juga bertemu seorang tua ( lupa namanya) yang mempunyai sembilan anak, tapi anaknya menghantar beliau ke pusat itu. Dia berkata sambil ketawa sedangkan menyembunyikan duka dihati 'biarlah anak-anak hantar dia ke sini, tuhan masih ada, hidup perlu diteruskan jua'. Sebak di hati dan terharu mendengar kata-kata itu.
Selepas melawat sekitar kaw pusat berkenaan, kami menminta izin untuk pulang kerana perlu segera balik ke embassy untuk courtessy call dengan delegasi kerajaaan negeri Kedah pada pukul 2.30 petang.
Ya Allah! Aku sayang pada ibu dan ayahku. Mereka telah banyak berkorban untukku. Berikan hidayah kepada keduanya dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku waktu kecil.