Tuesday, June 16, 2009

Seminar Kerjaya

Bersama peserta lelaki
Bersama peserta perempuan
Sedang menunggu untuk menyampaikan ceramah

Sedang menyampaikan ceramah


Pada 15 Jun 2009, seperti biasa aku ke pejabat untuk menguruskan beberapa perkara. Melalui 'morning prayer' agihan tugas telah diberikan kepada semua staf. Semuanya perlu dibereskan sebelum berakhir waktu kerja hari ini.

Setelah semua selesai, aku terus memandu ke Irbid untuk menghadiri Seminar Kerjaya dan Penulisan Resume. Seminar ini dianjurkan oleh JPM Jordan sebagai memberi pendedahan awal kepada graduan Malaysia di universiti-universiti di Jordan yang tamat pengajian mereka pada semester ini. Selain itu, seminar ini juga bertujuan berkongsi pengalaman mengenai peluang kerjaya di Malaysia khususnya kepada lepasan pengajian agama dan bahasa Arab.

Aku telah menyampai satu ceramah mengenai kerjaya dalam seminar tersebut. Para peserta banyak mengemukakan persoalan berkaitan kerjaya di Malaysia. Mereka rupanya masih kelam dengan kerjaya yang akan mereka pilih nanti kerana kekurangan maklumat.

Mudah-mudahan seminar sehari ini dapat memberi manfaat kepada mereka untuk memilih kerjaya .