Dr Syed Ali al-Saqqof
Pavillion Malaysia
Bersama Pengarah MEPC Dubai, Tn Hj Shusillil Azam
Bermula 5 hingga 7 nov 2009, JPM Jordan menerima tetamu dari KPTM dan 14 buah universiti awam dan swasta. Mereka akan menyertai Jordan Education & Training Exibition (JETE) kali ke-14. JETE kali ini diadakan di Zara Expo, Hyatt Hotel, Amman. Pengurus Projeknya telah menghubungiku sejak bulan Mac lalu. Surat tawaran bagi menyertai pameran tersebut telah ku edarkan kepada semua universiti di Malaysia seawal Mei lalu.
Penyertaan kali ini agak merosot jika dibandingkan tahun-tahun lalu. Mungkin pengurusannya tidak kemas. Pada tahun ini Malaysia telah membuka satu pavillion yang besar dan semua universiti berada di bawah pavillion tersebut.
KPTM telah melantik beberapa kontraktor Jordan untuk mereka bentuk pavillion dalam pameran kali ini, tapi semuanya tidak memenuhi kriteria. Lain yang disuruh, lain jadinya. Semua pakat fed-up dengan sikap Arab yang membina pavillion tersebut.
Bersama Pengarah MEPC Dubai, Tn Hj Shusillil Azam
Pameran ini bertujuan memperkenalkan universiti dan kursus yang ditawarkan. Tahun lepas lebih 10,000 orang menghadiri pameran ini. Tahun ini tak tahu lah berapa orang akan hadir. Kita tunggu dan lihat.