Tuesday, May 19, 2009

Lawaknya Arab......

25 Mei 2009 (Isnin) adalah Hari kebangsaan Negara Jordan. Tetapi yang peliknya 24 hb Mei diisytiharkan sebagai cuti umum menggantikan 25 hb. Alasan yang diberikan amat dangkal sekali iaitu untuk memudahkan bercuti. Tarikh penting bagi sesebuah negara seperti ini boleh ditukar sesuka hati kerana tidak mahu datang bekerja pada hari Ahad. Perkara ini tidak pernah berlaku di mana-mana negara kecuali di Jordan. Inilah cara berfikir dan sikap Arab.
Di pejabatku ada 5 orang kakitangan Ambilan Tempatan (KAT), 4 orang rakyat Jordan dan seorang rakyat Mesir. Mereka berada di bawah seliaanku. Semuanya mempunyai perangai bodoh sombong yang berbeza. Sewaktu mula-mula mendaftar diri di sini aku perlu 'study' sikap mereka terlebih dahulu, kerana aku dimaklumkan bahawa mereka ini mempunyai dua sikap buruk iaitu malas dan kuat melawan. Minggu pertama mereka tidak menunjukkan belangnya tetapi beberapa minggu kemudian aku sudah dapat menangkap 'fiel' mereka itu. Aku menegur mereka dengan baik dan profesional dalam suasana harmoni dan kekeluargaan. Tetapi teguran tersebut tidak memberi apa kesan kerana sikap keras kepala mereka. Hinggalah pada suatu hari aku ingin meminta salah seorang daripada mereka mengambil fail tertentu. Aku menelefon setiap seorang daripada mereka tetapi tidak berjawab. Kemudian aku pergi mencari mereka di tingkat bawah, rupanya mereka sedang lepak sambil minum kopi dan berbual di pantri pejabat. Apa lagi darahku mula menggelegak, lalu ku tengking mereka. Aku emosi ketika itu. Ku katakan kepada mereka kalau tidak mahu bekerja lebih baik berhenti dan jangan menyusahkan orang lain. Kata-kataku itu menyebabkan mereka terkedu dan diam. Aku menambah lagi, kalau macam ini cara Arab bekerja 30 tahun lagi kamu tidak akan maju. Kamu akan terus hidup tertindas dan mundur. Komitmen pada tugas tidak ada dan tidak sistematik, tambahku lagi.
Teguranku itu rupanya tidak disenangi oleh mereka. Mereka menganggap aku rasis. Mereka merasa terhina dengan sindiranku itu, lalu mereka menyatakan ketidakpuashatian mereka kepada ku. Aku menjelaskan kepada mereka semua peraturan yang sepatutnya mereka ikuti sewaktu bekerja. Arahan yang diberikan perlu dibuat dengan segera dan jangan membantah dengan memberi seribu satu alasan. Aku menjelaskan lagi supaya mereka perlu mengikuti budaya bekerja orang Malaysia. Akur dengan arahan, datang awal ke pejabat dan memaksimum kerja dalam satu masa serta jangan membuang masa. Mereka tetap memberikan alasan-alasan yang tidak masuk akal. Aku kemudiannya berbincang dengan Pengarah berkenaan perkara tersebut. Pengarah memintaku membuat surat amaran kepada mereka.
Selepas surat amaran diedarkan, aku dapati tiada lagi kedengaran kata-kata yang membantah arahan, begitu juga kedatangan mereka ke pejabat tidak lagi lewat seperti dulu. Cuti sakit dan cuti rehat tidak lagi sewenang-wenang diambil. Ada kesan positif nampaknya. Mereka tidak lagi lepak dan berbual kosong di pantri tetapi akan membawa minuman ke bilik masing-masing sambil bekerja. Setiap arahan yang diberikan akan diikuti dengan jawapan" Yes Sir". Tiada lagi alasan berjela-jela yang memualkan. Fikirku, rupanya Arab ini perlu ditundukkan terlebih dahulu ego mereka baru mereka akan mengikut arahan kita. Kerja pun berjalan lancar.
Pengalaman yang ku kongsikan dalam entri ini bukan bertujuan merendah-rendah orang Arab atau berbangga dengan Malaysia. Tidak. Tetapi sekadar berkongsi pengalaman bekerja dengan orang Arab. Sistem penyampaian mereka masih lembab dan tidak efektif. Sikap mereka bekerja adalah sambil lewa dan tidak serius. Semua ini menyebabkan segala urusan semudah abc akan menjadi rumit dan berliku. Kerja yang boleh disiapkan beberapa minit terpaksa tertangguh berjam-jam dek kerana ketidakseriusan mereka dalam bekerja. Mereka bekerja tidak boleh lebih daripada masa. Tepat jam tiga semua bertempiaran pulang. Sehinggakan aku terpaksa mengeluarkan arahan bahawa semua komputer dan pintu serta tingap pejabat hendaklah ditutup selepas loceng jam punch card berbunyi. Setakat ini mereka akur. Begitu juga dengan cuti. Kalau boleh mereka mahu bercuti lima hari seminggu dan bekerja dua hari seminggu. Sebab itu kalau ada cuti yang boleh digabungkan mereka akan gabungkan. Tak kira lah tarikh tersebut penting atau tidak, yang penting mereka boleh bercuti lama. Tarikh hari kebangsaan pun boleh diubah.
Begitulah lawaknya Arab............