Friday, August 7, 2009

Rangkuman Aktiviti

Minggu ini ada beberapa perkara yang perlu ku bereskan di tambah pula Us Sulaiman dan Azmir ke Syria kerana menghadiri program bersama pelajar di sana. Dua orang KAT Zeyad dan Nawwal pula cuti sakit. Zeyad masih lagi tidak sembuh sepenuhnya dari sakit tulang belakang dia. Manakala Nawwal pula kerana Blood Pleasure. Hari Isnin baru ni aku marahkan dia kerana tidak menyiapkan kerja yang telah kuberi dari minggu lepas lagi. Dalam morning prayer apabila ku tanya kerja yang diberikan sudah siap atau belum, dia memberi berbagai alasan. Apa lagi keluar lah perkataan yang menunjukkan 'kerasisanku' terhadap Arab. Esoknya dia sms kpd Azmir bahawa dia mc kerana darah tinggi. Apa nak jadi dengan mereka ni.


Hari Selasa 4 Julai, Aku ke Mu'tah Univ untuk bertemu dengan En Hussein al- Majali bagi menyelaraskan program 'Community Service" di sana. Selepas perbincangan, aku ke Sek Ren Mu'tah untuk bertemu pengetuannya. Kemudian ke kedai cat untuk menempah cat bagi program tersebut. Kemudian habis urusan di sana aku terus pulang ke pejabat.


Bersama pengetua SR Mu'tah dan beerapa guru sekolah tersebut





Hari Khamis, PA Dato telefon ku, katanya Dato' Dr Monir Yaakub ahli SUHAKAM nak jumpa kau di Landmark Hotel. Mana pulak hotel ini? getusku. Untuk selesaikan masalah, aku suruh Ibrahim panggilkan teksi. Pergi dengan teksi lagi baik, mudah. Sampai di sana aku berbincang dengan dia beberapa perkara. Aku pernah jumpa dia 10 tahun lalu di rumah ustazah Fatimah(pensyarahku di MPI). Dia adalah bapa saudara ustazah. Anaknya dula adalah muridku sewaktu di Maahad. Habis perbincangan aku balik semula ke pejabat. Sampai di pejabat, Yasmin memberitahuku bahawa ada panggilan dr Malaysia. Aku terus mendail nombor yang diberikan olehnya Delegasi IKBA dan DelegasiPerak akan datang. Haru, banyak pulak delegasi minggu ni. Tak pe aku sudah biasa dengan perkara ini. Semuannya bisa diatur.

Malam 6 Julai, aku dan isteri ke kediaman Dato Duta untuk menghadiri Arabian Night. Aku memilih jubah Syiakah yang dibeli di Madinah sewaktu menunaikan umrah tahun 1994 dulu dan dipadankan dengan egal serta serban merah ala Badwi Jordan, manakala isteriku pula memilih jubah berlabuchi putih. Di sana aku berbual bersama Pak Zainal, Duta Besar Indonesia. Ini kali pertama aku bertemu dengannya.

Bersama Reemy (Malacof)




Bersama Pak Zainal, Duta Besar Indonesia


Hari Jumaat, pagi dan petang aku rehat di rumah sahaja. Sakit masih belum reda. Cuma selepas Asar aku mengajak isteriku ke pejabat bagi menyiapkan press release yang akan di berikan kepada media hari sabtu ini. Sebelah malamnya aku ke airport untuk menyambut delegasi dari Perak yangdiketuai Dato' SUK dan Tan Sri Harussani. Esok pula perlu bangun awal untu ke Mu'tah. Aduh penatnya.......

Ladies pun turut berposing