Hari ini (Isnin) 22 September 2009 aku masih bercuti. Masa dipenuhi dengan mengunjung hari terbuka di kediaman rasmi Datuk Duta Brunei Darussalam. Azmirmeninggalkan anaknya Syabil di rumahku. Kemudian kami ke sana bersama-sama. Sampai di sana rupanya sudah ramai tetamu lain yang telah sampai.
Di sana banyak perkara yang dibincangkan dari pasal politik sampai kepada main golf. Hampir pukul 4 aku dan isteri memohon izin untu pulang kerana malam ini kami ada jemputan rumah terbuka pelajar Malaysia di Suweileh.