Bersempena cuti hujung minggu pada hari ini, Jumaat 25 September 2009, kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka Aidilfitri. Kali ini kami menjemput para pegawai dan keluarga sahaja serta beberapa rakyat Malaysia yang menetap di Amman. Di samping itu, aku turut menjemput delegasi Jabatan Agama Islam Kedah yang diketuai oleh pengarahnya sendiri. Mereka datang ke Jordan kerana mengiringi pelajar dari Kedah yang akan menyambung pelajaran mereka di sini. Kami juga menjemput rakan-rakan dari Malaysia, tapi sayang mereka terpaksa menghadiri rumah terbuka jauh lebih lazat daripada apa yang kami sediakan. Aku terpaksa mengadakan rumah terbuka untuk pelajar pada waktu yang lain kerana kebanyakkan mereka menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh persatuan zon atau Bkan.
Juadah Telah Sedia Terhidang
Isteriku yang bertungkus lumus menyediakan menu untuk majlis pada kali ini. Ada kuih yang telah disediakannya beberapa hari lalu dan ada yang disediakan pada hari ini. Menu utama kami ialah nasi kerabu berlaukan ayam goreng dan daging goreng beserta telur masin yang dibuat sendiri menggunakan kepakaran sedia ada. Dulu-dulu waktu kecil, ikan masin dan telur masin adalah menu utama lantaran kemiskinan yang melanda. Selain itu, isteriku juga menyediakan lontong dan nasi himpit berkuah kacang. Tidak dilupa, sate yang menjadi kegemaran semua orang. Untuk pencuci mulut pula, kami menyediakan tapai pulut, 'crazy cake', puding buih, ketupat daun palas( daun palas kami bawa waktu balik ke Malaysia baru-baru ini) dan anggur. Minuman pula terdiri dari jus, minuman berkarbonat dan teh tarik. Ini tidak termasuk kuih traditional yang lain seperti sarang tebuan, lidah buaya dan biskut raya yang aku sendiri pun tidak tahu namanya.
Nasi Kerabu
Mulai jam 3 petang tetamu mulai datang. Kebanyakkan mereka menerkam nasi kerabu terlebih dahulu. Katanya jarang dapat jumpa. Ada di antara mereka yang tambah sampai 3 kali tambah. Selepas nasi kerabu dihadap barulah menu yang lain mendapat giliran memenuhi perut. Aku dan isteri amat gembira kerana semua tetamu berselera menikmati hidangan yang kami sediakan. Hingga jam 7 petang , tetamu masih ada menikmati menu Aidilfitri kami.
Antara Tetamu Yang Hadir
Selepas tetamu semua pulang baru terasa penat. Tahniah kepada Along dan kakak kerana membantu membasuh pinggan. Jasa kalian tidak akan dilupa.
Minuman Yang Disediakan
Kepada tetamu yang sudi menjamah juadah kami diucapkan terima kasih. Ini sahaja yang mampu kami sediakan. Kepada tetamu jauh yang yang tidak sempat hadir, kami faham dan tidak berkecil hati. Terima kasih semua.........
Eid Saeid