Saturday, October 10, 2009

Bazar Diplomatik

Gerai Malaysia


Hujung minggu hari ini dipenuhi dengan mengunjungi Bazar Diplomatik. Tahun ini semua anak-anak ingin ikut sama. Tahun lepas mereka tidak menyertai bazar tersebut memandangkan kami masih menginap di hotel dan belum mempunyai kereta. Kami bertolak dari rumah pada pukul 10.00 pagi. Dalam perjalanan anak-anakku mengatakan bahawa banyak pengalaman yang mereka perolehi di sini termasuklah menghadiri bazar diplomatik. Tambah mereka lagi, ramai orang dari pelbagai negera dapat ditemui. Aku katakan kepada mereka, banyak berjalan luas pemandangan. Ini akan menjadikan kita lebih matang. Semua terdiam, aku tidak tahu mereka faham atau tidak.



Aku Di Hadapan Both Malaysia

Sampai di persimpangan masuk ke tempat Dunes Club aku menunggu pelajar dari Mu'tah. Mereka akan mengadakan persembahan kompang kepada tetamu. Beberapa minit kemudian mereka tiba dan kami masuk ke tempat bazar bersama-sama.


Seperti biasa, untuk masuk ke tempat eksklusif seperti ini, kami diperiksa seluruh badan bagaikan pesalah al-Qaedah. Pemandangan seperti ini sudah menjadi kebiasaan di Jordan. Negara Jordan adalah negara yang dikelilingi negara bergolak seperti Israel, Lubnan, Syria dan Iraq. Aspek keselamatan amat dititik berat oleh pemerintah Jordan selepas berlaku tiga letupan di beberapa hotel di Amman pada tahun 2005.

Kraftangan Yang Dijual

Tetamu Yang Mngunjungi Gerai Kami


Aku dan anak-anak terus ke both Malaysia di dalam dewan. Chia sudah menunggu, katanya sekejap lagi Princes akan sampai. Aku minta para pelajar bersiap. Sementara menunggu Princess Basmah tiba di both kami, aku mengambil kesempatan meninjau-ninjau di both negara lain. Aku cuba mencari set kristal permainan chease untuk dikumpulkan bersama koleksi kristalku. Sekarang minatku adalah kepada barangan kristal. Sudah satu almari berjaya ku kumpulkan. Di samping itu banyak barang dari negara lain yang pelik-pelik ku temui. Maklumlah lebih 60 negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Jordan menyertai bazar pada tahun. Setiap tahun pada bulan Oktober semua diplomat akan berkumpul Pusat Bazar Antarabangsa, Amman untuk menpamerkan barangan dan kraftangan negara masing-masing. Semua barang ada, yang 'besar' dan 'kecil' pun ada. Dalam pada itu aku sempat menelefon us Hasmadi untuk memberitahunya 'keunikan' bazar ini. Rupanya dia mengadakan rumah terbuka hari ini.


Pelajar Sedang Bersedia Untuk Persembahan Kompang


Lebih kurang pukul 12.00 tengahari, Princess Basmah Talal tiba ke both kami. Kompang pun dipalu. Teruja baginda dengan persembahan kami. Aku meminta Princess menandatangai buku lawatan. Sekuntum mawar merah dihadiahkan kepada baginda sebagai pemanis kata. Ucapan penghargaan dan terima kasih baginda tujukan kepada pelajar Malaysia yang mengadakan persembahan kompang itu.


Selepas Princess Basma berlalu ke both negara lain, aku dan anak keluar ke tempat jualan makanan. Lapar rasanya. Matahari pun semakin terik. Selepas makan, aku mengajak anak-anak pulang. Isteriku masih dibazar menjual makanan kepada tetamu yang datang.


Chef dari Malaysia Sedang Masak Roti Jala

Jual K.Firyal & K.Nik Jangan Tak Jual

Pulang ke rumah lagi bagus, boleh qailulah sikit.............